Malaysia legislation
Section 2
of *AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA 1992
Seksyen 2
Tafsiran
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 490
“anggota” ertinya anggota Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 4 dan termasuklah anggota silih ganti yang dilantik di bawah seksyen 7;
“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 17;
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 20 dan termasuklah mana-mana pegawai yang diarah, di bawah subseksyen 21(4), untuk melaksanakan tugas Ketua Pegawai Eksekutif;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pembangunan
Perdagangan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28;
“Menteri”
ertinya
Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 4;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar
Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“syarikat” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada “perbadanan” di bawah subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965
[Akta 125].