Malaysia legislation

Section 33

of *AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA 1992

Seksyen 33

Menteri Kewangan—

(2)

Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada

Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya Menteri hendaklah memberitahu

Perbadanan amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.

(3)

Perbadanan boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada

Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan

Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 490

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

Section 33 — MALAYSIA EXTERNAL TRADE DEVELOPMENT CORPORATION ACT 1992