Malaysia legislation

Section 35

of *AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA 1992

Seksyen 35

Surcaj

(a)

telah gagal mengutip apa-apa wang yang terhutang pada

Perbadanan yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya;

(b)

adalah atau telah bertanggungjawab atas apa-apa pembayaran wang daripada Kumpulan Wang yang tidak sepatutnya dibuat atau atas apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;

(c)

adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, atas apa-apa kekurangan pada, atau atas pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, storan atau harta lain Perbadanan;

(d)

sebagai, atau yang pernah menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau

(e)

telah gagal membuat apa-apa bayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab atas apa-apa kelambatan dalam pembayaran, wang daripada Kumpulan Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat di antara orang itu dengan Perbadanan,

Perbadanan hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcajkan, dan jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diberikan, dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang

Perbadanan Pembangunan Perdagangan

Luar Malaysia 29

disebutkan terdahulu, kepada Perbadanan berkenaan dengan kegagalan mengutip, bayaran yang tidak sepatutnya dibuat, bayaran yang tidak diluluskan dengan sewajarnya, kekurangan atau pemusnahan, atau kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat bayaran, atau kelambatan dalam membuat bayaran, maka Perbadanan boleh mensurcajkan sejumlah wang terhadap orang tersebut yang tidak melebihi amaun apa-apa amaun sedemikian yang tidak dikutip, apa-apa bayaran, kekurangan, atau kerugian atau nilai harta yang musnah, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan berkenaan dengan kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat bayaran, atau kelambatan dalam membuat bayaran, Perbadanan boleh mensurcajkan apa-apa jumlah wang terhadap orang tersebut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan itu.

(2)

Pengerusi hendaklah menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1)

dan Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcajkan itu.

(3)

Perbadanan boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Pengerusi hendaklah dengan segera menyebabkan Ketua

Pegawai Eksekutif diberitahu tentang penarikan balik itu.

(4)

Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Perbadanan daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh didakwa dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah atas guaman Perbadanan dan boleh juga didapatkan kembali melalui potongan—

(a)

daripada gaji orang yang disurcajkan jika Perbadanan mengarahkan sedemikian; atau

(b)

daripada pencen orang yang disurcajkan jika Perbadanan mengarahkan sedemikian,

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 490

dengan ansuran bulanan yang sama banyak tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.