Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(2)
Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri, boleh memberikan lesen bagi pembekalan gas melalui talian paip atas apa-apa syarat yang didapati perlu atau suai manfaat memandangkan tugas yang dikenakan oleh seksyen 4 dan apabila dibayar apa-apa fi yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(3)
Mana-mana orang yang memohon lesen hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya, di mana-mana berkenaan, butir-butir yang berikut:
(a)
kawasan pembekalan gas;
(b)
pelan lokasi tapak yang menunjukkan lokasi yang dicadangkan bagi premis yang akan dipasang dengan talian paip gas dan kawasan sekitarnya;
Bekalan Gas 17
(c)
susun atur perpaipan yang menunjukkan butir laluan talian paip termasuk lokasi apa-apa tangki atau silinder penstoran, sempadan tapak, dinding pesongan dan punca pencucuhan yang terdekat;
(d)
spesifikasi teknik talian paip atau pepasangan itu;
(e)
pemerakuan bagi talian paip atau pepasangan itu; dan
(f)
apa-apa maklumat lain yang diperlukan oleh
Suruhanjaya.
(4)
Tiada lesen boleh dipindahmilikkan, diserahhakkan, disublesenkan atau selainnnya dilupuskan melainkan jika keizinan bertulis Menteri telah diberikan.
(5)
Tempoh lesen bolehlah sebagaimana yang diluluskan oleh
Menteri dalam setiap kes.
(6)
Apa-apa lesen yang diberikan di bawah seksyen ini boleh meliputi penentuan kawasan pembekalan oleh Suruhanjaya.
(7)
Tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, apa-apa lesen yang diberikan di bawah seksyen ini boleh membenarkan pemegang lesen meletakkan, menempatkan atau membawa di atas, di bawah atau melalui tanah Kerajaan, setakat dan mengikut cara yang dinyatakan dalam lesen itu, apa-apa talian paip dan pepasangan dan untuk menyenggara atau membina di dalam atau di atas tanah
Kerajaan apa-apa kelengkapan lain yang pada pendapat Suruhanjaya adalah perlu atau patut bagi maksud lesen itu, dan tertakluk sentiasa kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, kebenaran tersebut boleh diberikan atau ditambah pada bila-bila masa dalam tempoh sah lesen itu dengan cara pengendorsan padanya di bawah meterai Suruhanjaya.
Cagaran, penggantungan atau pembatalan lesen