Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(2)
Meter, yang hendaklah diadakan oleh pemegang lesen, sama ada dengan cara jualan, sewaan atau pinjaman, hendaklah daripada jenis yang diluluskan oleh Suruhanjaya atau mana-mana badan
Kerajaan yang lain yang relevan yang dilantik oleh Suruhanjaya bagi maksud itu.
(3)
Meter hendaklah dipasang pada premis pengguna di suatu kedudukan yang hendaklah ditentukan oleh pemegang lesen, melainkan jika dalam hal keadaan tertentu adalah lebih munasabah meter itu ditempatkan di luar premis itu atau di suatu kedudukan lain.
(4)
Jika pengguna enggan atau tidak mendapatkan bekalan gasnya menerusi meter yang sesuai yang diadakan dan dipasang mengikut subseksyen (2) dan (3), pemegang lesen boleh enggan memberikan atau boleh memberhentikan bekalan.
Pengurangan atau penghentian bekalan: liabiliti