Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Bekalan Gas 25
(2)
Tanpa menjejaskan mana-mana perjanjian, jika kuantiti gas telah dikurangkan seperti yang disebut terdahulu—
(a)
tiada liabiliti boleh ditanggung oleh pemegang lesen berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh pengurangan itu; dan
(b)
dalam hal yang sesuai, suatu potongan pada caj bagi pembekalan gas hendaklah dibuat berkadaran dengan pengurangan yang dibuat.
(3)
Mana-mana pemegang lesen tidak bertanggungan bagi apa-apa kerugian kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada mana-mana harta atau bagi apa-apa penghentian atau pengurangan bekalan gas—
(a)
yang disebabkan secara langsung oleh apa-apa perbuatan cuai pada pihak pengguna termasuk apa-apa sambungan tanpa kebenaran apa-apa talian paip atau pepasangan; atau
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 501
(b)
yang ditunjukkan telah diakibatkan oleh mana-mana peristiwa yang diperihalkan dalam seksyen 15.
(4)
Pemegang lesen hendaklah bertanggungan bagi apa-apa kerugian kepada mana-mana orang atau apa-apa kerosakan kepada mana-mana harta atau kerana apa-apa penghentian atau pengurangan bekalan gas yang ditunjukkan telah diakibatkan oleh kecuaian pada pihak orang yang diambil kerja oleh pemegang lesen, ejennya atau pekhidmatnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau diakibatkan oleh pembinaan tidak sempurna talian paip atau pepasangan itu oleh pemegang lesen itu.
(5)
Tanpa menjejaskan subseksyen (4), pemegang lesen hendaklah membetulkan apa-apa kerosakan untuk memastikan keberterusan bekalan gas dalam tempoh masa yang munasabah dan membaiki apa-apa kerosakan dari alur keluar meter ke perpaipan dalaman di dalam premis pengguna jika ditunjukkan bahawa kerosakan itu telah diakibatkan oleh perbuatan cuai pemegang lesen, ejennya atau pekhidmatnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pemberhentian bekalan gas