Malaysia legislation

Section 21

of AKTA BEKALAN GAS 1993

Seksyen 21

(2)

Apabila bekalan diberhentikan di bawah subseksyen (1), pemegang lesen hendaklah dengan serta-merta memaklumkan

Suruhanjaya tentang pemberhentian itu.

(3)

Apabila diterimanya maklumat di bawah subseksyen (2),

Suruhanjaya hendaklah dengan segera mengarahkan seorang pegawai diberi kuasa memeriksa premis itu dan secepat yang mungkin selepas pemeriksaan itu, Suruhanjaya hendaklah membentuk pendapat—

(a)

bahawa suatu kesalahan telah dilakukan dan bahawa bekalan tidak boleh disambung semula sehingga penyiasatan selesai; atau

Bekalan Gas 27

(b)

bahawa tiada kesalahan telah dilakukan dan bahawa bekalan gas hendaklah disambung semula dengan serta-merta dan dalam hal yang sedemikian pemegang lesen hendaklah membayar pampasan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh pemberhentian bekalan itu.

(4)

Jika Suruhanjaya itu membentuk suatu pendapat di bawah subseksyen (3) bahawa suatu kesalahan telah dilakukan, penyiasatan di bawah seksyen 5 dan 6 hendaklah dijalankan. Apabila selesai penyiasatan itu, jika penyiasatan itu menunjukkan bahawa tiada apa-apa kesalahan telah dilakukan, bekalan gas hendaklah disambung semula dengan serta-merta dan apa-apa kerugian yang ditanggung oleh mana-mana pihak boleh dirujukkan kepada Suruhanjaya bagi pembayaran pampasan yang mencukupi menurut suatu siasatan yang diadakan di bawah seksyen 29.

(5)

Jika suatu kesalahan telah dilakukan, pemegang lesen boleh menghendaki pengguna membayar kepadanya bagi apa-apa kerugian hasil yang disebabkan oleh kesalahan yang dilakukan di bawah subseksyen 30(5), 30(6), 30(7) atau 30(9) dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh pemegang lesen itu di bawah seksyen ini termasuk perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan penyambungan semula bekalan gas.

(6)

Suatu pernyataan bertulis oleh pemegang lesen atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh pemegang lesen itu yang menyatakan—

(a)

amaun kerugian unit gas atau perbelanjaan yang dilakukan oleh pemegang lesen; dan

(b)

orang yang bertanggungan bagi pembayarannya, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pembayaran yang kena dibuat oleh pengguna di bawah subseksyen (5).

(7)

Amaun yang dinyatakan dalam pernyataan bertulis itu atau yang diputuskan oleh Suruhanjaya hendaklah, dalam tempoh yang dinyatakan dalam pernyataan itu, menjadi genap masa dan kena dibayar kepada pemegang lesen dan jika tidak dibayar amaun itu boleh didapatkan melalui tindakan sivil di mahkamah.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 501

Liabiliti tidak terjejas

Section 21 — GAS SUPPLY ACT 1993 | mylaw.my