Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(2)
Sebelum memasuki mana-mana tanah bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen (1), pemegang lesen hendaklah memberikan notis yang menyatakan, dengan sepenuh dan setepat mungkin, jenis dan takat perbuatan yang dicadangkan hendak dilakukan. Notis itu hendaklah pada matannya mengikut bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Pertama. Pentadbir Tanah Daerah hendaklah menyatakan tarikh Pihak Berkuasa Negeri akan menyiasat apa-apa bantahan yang mungkin telah dibuat sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini.
(3)
Notis yang disebut terdahulu hendaklah diberikan—
(a)
dalam hal tanah beri milik, kepada pemunya atau penghuni;
(b)
dalam hal tanah rizab, kepada pegawai atau mana-mana orang lain yang menjaga tanah rizab itu atau, jika tidak ada mana-mana pegawai atau orang sedemikian, kepada
Pentadbir Tanah Daerah, dan boleh dihantar melalui pos berdaftar atau ditinggalkan di tempat tinggal biasa atau yang akhir sekali diketahui bagi orang yang kepadanya notis itu dikehendaki diberikan atau disampaikan oleh pemegang lesen atau Pentadbir Tanah Daerah itu, atas perbelanjaan pemegang lesen itu, sama ada mengikut cara yang diperuntukkan terdahulu daripada ini atau mengikut cara yang diperuntukkan bagi penyampaian notis melalui mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang berkuat kuasa di Negeri tempat terletaknya tanah itu.
(4)
Mana-mana orang yang tersebut dalam subseksyen (3)
boleh, dalam masa empat belas hari dari masa penerimaan notis yang disebut dalam subseksyen itu, menyerahkan suatu bantahan terhadap perbuatan yang dicadangkan oleh pemegang lesen. Bantahan itu boleh dibuat kepada Pentadbir Tanah Daerah, sama ada secara lisan atau bertulis, dan Pentadbir Tanah Daerah hendaklah memberikan notis mengenai bantahan itu kepada Pihak
Berkuasa Negeri dan kepada pemegang lesen.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 501
(5)
Jika tiada bantahan diserahkan dalam masa yang dihadkan bagi maksud itu oleh subseksyen (4), pemegang lesen boleh dengan serta-merta memasuki tanah itu dan melakukan segala atau mana-mana perbuatan yang dinyatakan dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen (2).
(6)
Jika bantahan diserahkan dan tidak ditarik balik sebelum tarikh yang ditetapkan bagi pendengarannya, Pentadbir Tanah
Daerah hendaklah mengadakan suatu siasatan, dengan memberi semua pihak peluang untuk didengar.
(7)
Apabila selesai siasatan itu, Pentadbir Tanah Daerah boleh, sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa terma, syarat dan ketentuan yang difikirkannya patut, membuat perintah yang membenarkan atau melarang mana-mana perbuatan yang tersebut dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen (2). Perintah itu hendaklah pada matannya dalam bentuk yang dinyatakan dalam