Malaysia legislation

Section 4

of AKTA BEKALAN GAS 1993

Seksyen 4

(a)

memastikan bahawa pemegang lesen yang diberi kuasa di bawah Akta ini untuk membekalkan gas melalui talian paip memenuhi segala permintaan yang munasabah bagi gas;

(b)

tanpa menjejaskan keluasan perenggan (a), memastikan bahawa pemegang lesen itu dapat membiayai pemberian perkhidmatan pembekalan gas;

(c)

melindungi kepentingan pengguna gas yang dibekalkan melalui talian paip berkenaan dengan—

(i)

harga yang dikenakan dan terma lain bagi pembekalan;

(ii)

keberterusan bekalan; dan

(iii)

kualiti perkhidmatan pembekalan gas yang diberikan;

(d)

mengawal selia komposisi, tekanan, ketulenan dan isipadu gas yang dibekalkan melalui talian paip;

Bekalan Gas 11

(e)

meningkatkan kecekapan dan ekonomi pemegang lesen untuk membekalkan gas melalui talian paip dan pemakaian efisien gas yang dibekalkan melalui talian paip;

(f)

melindungi orang awam daripada bahaya yang berbangkit daripada pengagihan gas melalui talian paip atau daripada pemakaian gas yang dibekalkan melalui talian paip;

(g)

membolehkan orang bersaing secara berkesan dalam pembekalan gas melalui talian paip;

(h)

menyiasat apa-apa kemalangan atau kebakaran yang melibatkan mana-mana talian paip atau pepasangan gas; dan

(i)

menjalankan segala aktiviti lain sebagaimana yang didapati oleh Suruhanjaya adalah diperlukan, berfaedah atau sesuai bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini.

(2)

Fungsi dan tugas Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa dijalankan oleh mana-mana pegawai Suruhanjaya yang dilantik dengan sewajarnya secara bertulis oleh Suruhanjaya bagi maksud sedemikian.

(3)

(Dipotong oleh Akta A1126).