Malaysia legislation

Section 5

of AKTA BEKALAN GAS 1993

Seksyen 5

(2)

Dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1)

seseorang pegawai diberi kuasa boleh—

(a)

mengambil sampel apa-apa gas dari premis yang dimasuki dan menghendaki penghuninya atau ejen atau pekhidmat penghuni itu yang ada di premis itu supaya menunjukkan kepadanya tiap-tiap tempat dan mana-mana talian paip, pepasangan, tangki atau silinder pestoran di premisnya;

(b)

menguji atau menyebabkan diuji, di mana-mana tempat yang sesuai dan pada bila-bila masa yang munasabah yang ditetapkannya, apa-apa sampel yang diperolehnya sedemikian.

(3)

Jika dalam pemeriksaan atau penelitian itu pegawai diberi kuasa itu mendapati apa-apa kecacatan yang dia ada sebab yang munasabah untuk percaya mungkin mendatangkan bahaya, dia boleh—

(a)

dengan notis bertulis, menghendaki diperbetulkan kecacatan itu;

(b)

menyebabkan bekalan gas itu dihentikan; atau

(c)

mengalihkan atau mengelak mana-mana talian paip, pepasangan atau bahagiannya.

(4)

Dalam tiap-tiap hal apabila maklumat diberikan dengan bersumpah kepada mana-mana Majistret bahawa ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa di dalam mana-mana tanah, rumah atau bangunan terdapat apa-apa artikel, benda, buku, dokumen, talian paip, pepasangan atau bahagiannya yang telah digunakan atau dicadangkan hendak digunakan untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, dia hendaklah mengeluarkan suatu waran di bawah tandatangannya yang menurut kuasanya mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan atau disebut dalam waran itu boleh memasuki tanah, rumah atau bangunan itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam, dan mencari dan menyita atau mengelak mana-mana artikel, benda, buku, dokumen, talian paip, pepasangan atau bahagiannya itu:

Dengan syarat bahawa jika pegawai diberi kuasa itu berpuas hati berdasarkan maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa oleh sebab

Bekalan Gas 13

kelengahan dalam mendapatkan waran geledah apa-apa artikel, benda, buku, dokumen, talian paip, pepasangan atau bahagiannya yang digunakan untuk melakukan atau yang dicadangkan hendak digunakan untuk melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya mungkin akan dialihkan atau dimusnahkan, dia boleh memasuki tanah, rumah atau bangunan itu tanpa waran dan menyita atau mengelak mana-mana artikel, benda, buku, dokumen, talian paip, pepasangan atau bahagiannya itu dari tanah, rumah atau bangunan itu:

Dengan syarat selanjutnya bahawa adalah menjadi kesalahan jika mana-mana orang, tanpa kebenaran yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak itu atau mengalihkan mana-mana artikel, benda, buku, dokumen, talian paip, pepasangan atau bahagiannya itu atau cuba berbuat demikian.

(5)

Mana-mana pegawai diberi kuasa boleh, dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (4), jika perlu untuk berbuat demikian—

(a)

memecahkan mana-mana pintu luar atau dalam rumah kediaman atau mana-mana premis lain dan memasukinya;

(b)

dengan menggunakan kekerasan memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya;

(c)

dengan menggunakan kekerasan mengalihkan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya;

dan

(d)

menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di tempat itu sehingga tempat itu telah digeledah.

(6)

Pegawai diberi kuasa yang menyita apa-apa artikel, benda, buku, dokumen, talian paip, pepasangan atau bahagiannya di bawah subseksyen (4) hendaklah menyediakan suatu senarai benda yang disita dan dengan serta-merta, atau dengan seberapa segera yang praktik, menyerahkan satu salinan yang ditandatangani olehnya kepada penghuni, atau ejen atau pekhidmat penghuni itu yang berada di premis itu, dan jika premis itu tidak dihuni, pegawai diberi kuasa itu hendaklah, di mana-mana mungkin, menampalkan suatu senarai benda yang disita itu di premis itu.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 501

(7)

Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah pada setiap masa membawa suatu kad pengenalan atau lencana rasmi dalam apa-apa bentuk yang ditetapkan, dan tiada seorang pun boleh diwajibkan supaya membenarkan masuk mana-mana orang yang berupa sebagai seorang pegawai diberi kuasa ke tanah, rumah atau bangunannya kecuali apabila kad pengenalan atau lencana itu dikemukakan.

Kuasa untuk menyiasat