Malaysia legislation

Section 6

of AKTA BEKALAN GAS 1993

Seksyen 6

Akta 501

(2)

Mana-mana pegawai diberi kuasa boleh, berhubungan dengan mana-mana penyiasatan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, menjalankan kuasa khas berhubungan dengan penyiasatan polis kecuali bahawa kuasa untuk menangkap tanpa waran yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]

bagi mana-mana kesalahan boleh tangkap tidak boleh dijalankan olehnya.

(3)

Apabila penyiasatannya selesai, pegawai diberi kuasa itu hendaklah dengan segera memberikan segala maklumat yang berhubungan dengan perlakuan kesalahan itu kepada pegawai penjaga suatu balai polis dan seseorang pegawai polis boleh, dengan waran menangkap mana-mana orang yang mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes

Section 6 — GAS SUPPLY ACT 1993 | mylaw.my