Malaysia legislation

Section 29

of AKTA KEWANGAN 1995

Seksyen 29

Akta Penggalakan Pelaburan 1986, yang disebut "Akta ibu" dalam Bab ini, adalah dipinda dalam subseksyen 2(1)—

(a)

dengan menggantikan perkataan "Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia" yang terdapat dalam takrif "hotel" dan "projek pelancongan" dengan perkataan "Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan"; dan

Kewangan

(b)

dengan memasukkan selepas takrif "syarikat kerjasama" takrif yang berikut:

' "syarikat latihan teknikal atau vokasional" ertinya suatu syarikat yang menyediakan latihan teknikal atau vokasional di Malaysia;'.