Malaysia legislation

Section 29h

of AKTA KEWANGAN 1995

Seksyen 29h

(2)

Elaun bagi perbelanjaan yang diberikan di bawah subseksyen (1)—

(a)

tertakluk kepada subseksyen (4), hendaklah diberikan hanya bagi tahun taksiran dalam tempoh asas yang baginya perbelanjaan itu telah dilakukan;

(b)

hendaklah diberikan berkenaan dengan perbelanjaan yang dilakukan dalam tempoh sepuluh tahun dari tarikh yang kelulusan itu akan mula berkuatkuasa:

Dengan syarat bahawa jika sesuatu syarikat melakukan perbelanjaan modal dari tarikh yang kelulusan itu akan mula berkuatkuasa yang disebut dalam subseksyen (2)(b) berhubungan dengan suatu perniagaan yang hampir hendak dijalankannya berkenaan dengan suatu aktiviti berhubungan dengan latihan teknikal atau vokasional, maka perbelanjaan itu hendaklah disifatkan telah dilakukan dalam tempoh asas yang dalamnya ia mula menjalankan perniagaan itu.

(3)

Jika sesuatu elaun diberikan kepada sesuatu syarikat di bawah subseksyen (1) bagi sesuatu tahun taksiran, sekian banyak daripada pendapatan statutori perniagaan syarikat itu berkenaan dengan suatu aktiviti berhubungan dengan latihan teknikal atau vokasional bagi tahun taksiran itu yang sama banyak dengan amaun elaun itu (atau dengan amaun agregat apa-apa elaun itu, mengikut mana-mana yang berkenaan) hendaklah dikecualikan daripada cukai di bawah Akta ibu:

Dengan syarat bahawa amaun yang dikecualikan sedemikian tidak boleh melebihi tujuh puluh peratus daripada pendapatan statutori perniagaan syarikat itu bagi tahun taksiran itu.

(4)

Jika, oleh sebab tidak cukup atau tidak ada pendapatan statutori perniagaan syarikat itu berkenaan dengan suatu aktiviti berhubungan dengan latihan teknikal atau vokasional bagi suatu tahun taksiran, pelaksanaan tidak boleh dijalankan atau tidak boleh dijalankan sepenuhnya berkenaan dengan apa-apa elaun atau elaun-elaun yang syarikat itu berhak mendapatnya di bawah seksyen ini bagi tahun itu berhubungan dengan sumber yang terdiri daripada perniagaan itu, maka, walau apa pun subseksyen (1), (2) dan (3), sekian banyak daripada elaun atau elaun-elaun yang berkenaan yang tidak boleh diberikan bagi tahun itu hendaklah disifatkan sebagai elaun yang akan diberikan kepada syarikat itu di bawah seksyen ini bagi tahun taksiran pertama yang kemudiannya yang baginya terdapat pendapatan statutori daripada perniagaan itu, dan seterusnya bagi tahun-tahun taksiran yang kemudiannya sehinggalah syarikat itu telah menerima keseluruhan elaun atau elaun-elaun yang ia berhak mendapatnya sedemikian itu.

(5)

Jika apa-apa pendapatan dikecualikan daripada cukai menurut kuasa subseksyen (3), seksyen 23 hendaklah terpakai bagi pendapatan itu (dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu) sebagaimana yang ia terpakai bagi pendapatan yang dikecualikan di bawah seksyen 22.

(6)

Bagi maksud-maksud seksyen ini dan tertakluk kepada subseksyen (7), "perbelanjaan modal", berhubungan dengan latihan teknikal atau vokasional, ertinya perbelanjaan modal yang dilakukan ke atas bangunan atau ke atas apa-apa loji dan jentera yang digunakan di Malaysia berkaitan dengan dan bagi maksud-maksud aktiviti berhubungan dengan latihan.

(7)

Walau apa pun subseksyen (6), "perbelanjaan modal" tidaklah termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan ke atas bangunan (yang digunakan sebagai tempat tinggal bagi orang), loji dan jentera jika bangunan, loji atau jentera itu diperuntukkan keseluruhannya atau sebahagiannya untuk kegunaan pengarah atau orang individu yang menjadi anggota pihak pengurusan, pentadbiran atau kakitangan pekeranian.".