Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Perbadanan Amanah Raya 15
(2)
Walaupun pada hakikatnya mana-mana wasiat, berian atau surat cara lain yang mewujudkan amanah atau kewajipan membuat peruntukan bagi atau mengarahkan atau menghendaki pelantikan dua pemegang amanah atau lebih, Perbadanan boleh dilantik dan bertindak dengan sah sebagai pemegang amanah tunggal.
(3)
Jika Perbadanan telah dilantik sebagai pemegang amanah apa-apa amanah, seorang pemegang amanah bersama boleh bersara daripada amanah itu di bawah dan mengikut seksyen 43 Akta
16
Undang-Undang Malaysia
Pemegang Amanah 1949 [Akta 208], walaupun tidak terdapat lebih daripada dua orang pemegang amanah dan tanpa apa-apa persetujuan yang dikehendaki oleh seksyen itu.
(4)
Perbadanan tidak boleh dilantik sama ada sebagai pemegang amanah baru atau tambahan jika wasiat, berian atau surat cara lain yang wujudkan amanah atau kewajipan itu mengandungi arahan yang bertentangan, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.
(5)
Notis mengenai apa-apa cadangan pelantikan Perbadanan sama ada sebagai pemegang amanah baru atau tambahan hendaklah, jika praktik, diberikan kepada semua orang yang mempunyai kepentingan benefisial yang bermastautin di Malaysia dan yang alamat mereka diketahui oleh orang yang bercadang membuat pelantikan itu, atau, jika benefisiari itu ialah orang yang belum dewasa, kepada penjaga mereka.
(6)
Jika mana-mana orang yang kepadanya notis itu telah diberikan memohon kepada Mahkamah dalam tempoh dua puluh satu hari dari penerimaan notis itu, Mahkamah boleh, jika setelah mengambil kira kepentingan semua benefisiari ia memikirkan bahawa adalah suai manfaat dibuat sedemikian, membuat perintah melarang pelantikan itu dibuat:
Dengan syarat bahawa kegagalan untuk memberikan apa-apa notis sedemikian tidaklah menidaksahkan apa-apa pelantikan yang dibuat di bawah seksyen ini.
Pemberian probet dan surat kuasa mentadbir kepada
Perbadanan