Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(a)
bahawa nilai keseluruhan harta itu tanpa ditolak hutang, tetapi tidak termasuk nilai apa-apa harta yang dimiliki si mati atau yang si mati berhak kepadanya sebagai pemegang amanah dan bukan secara benefisial, tidak melebihi enam ratus ribu ringgit; dan
Perbadanan Amanah Raya 19
(b)
bahawa tiada orang berhak memohon kepada Mahkamah bagi pemberian probet bagi wasiat atau tiada petisyen bagi surat kuasa mentadbir yang belum selesai,
Perbadanan hendaklah, atas permohonan orang yang membuat tuntutan ke atas harta itu dan jika difikirkannya patut dibuat sedemikian, secara bertulis mengisytiharkan bahawa ia mengaku janji untuk mentadbirkan harta itu, dan sesudah itu Perbadanan diberikan kuasa untuk mentadbirkan harta itu seolah-olah surat kuasa mentadbir bagi harta pusaka orang yang mati itu telah diberikan kepada Perbadanan, dan resit Perbadanan hendaklah menjadi pelepasan yang mencukupi bagi mana-mana orang yang membayar apa-apa wang atau yang menyerahkan apa-apa harta kepada Perbadanan; dan notis mengenai tiap-tiap perisytiharan sedemikian hendaklah difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah yang sesuai.
(2)
Apabila Perbadanan berpuas hati bahawa nilai apa-apa harta yang disebut dalam subseksyen (1) tidak melebihi lima puluh ribu ringgit, ia bolehlah mengarahkan supaya harta itu atau mana-mana bahagiannya diserahkan kepada mana-mana orang apabila berpuas hati tentang hakmilik pihak yang menuntut dan nilai harta itu melalui sumpah atau ikrar pihak yang menuntut atau melalui apa-apa keterangan lain yang dikehendaki oleh Perbadanan dan Perbadanan bolehlah mengikut budi bicaranya mengambil apa-apa jaminan yang difikirkannya patut bagi pentadbiran sewajarnya akan harta itu atau perlindungan hak mana-mana orang lain.
(b)
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menjejaskan hak mana-mana orang untuk mendapatkan kesemua atau mana-mana bahagian harta yang diserahkan di bawah perenggan (a) daripada orang yang kepadanya ia telah diserahkan.
(c)
Jika harta itu tidak ketara nilainya atau nilainya, pada pendapat Perbadanan, adalah sebegitu kecil hingga menjadikannya tidak praktik untuk dijual, Perbadanan bolehlah mengarahkan supaya harta itu dimusnahkan atau selainnya dilupuskan sebagaimana yang difikirkannya patut.
(3)
Kuasa yang diberikan kepada Perbadanan oleh seksyen ini tidaklah menjejaskan kuasa untuk menguruskan, tanpa pemberian probet bagi wasiat atau surat kuasa mentadbir, harta orang yang
20
Undang-Undang Malaysia mati yang diberikan kepada mana-mana orang lain oleh mana-mana undang-undang bertulis yang lain:
Dengan syarat bahawa tiap-tiap orang sedemikian hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada Perbadanan penjelasan penuh dan benar mengenai apa-apa harta yang diuruskannya dan hendaklah, jika dikehendaki sedemikian, membayar atau menyerahkan kepada Perbadanan apa-apa wang atau harta lain yang masih di bawah kawalannya.
(4)
Pada bila-bila masa sebelum pembahagian mana-mana bahagian harta itu antara benefisiarinya di bawah seksyen ini, Perbadanan boleh, jika difikirkannya suai manfaat dibuat sedemikian, walau apa pun apa-apa perisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1), enggan untuk terus mentadbirkan harta dalam tangannya sehingga suatu perintah pembahagian atau pemberian probet atau pemberian surat kuasa mentadbir diperoleh berkenaan dengan harta pusaka si mati.
(5)
Hasil penjualan apa-apa harta yang diterima oleh Perbadanan mengikut subseksyen 23(2) Akta Polis 1967 [Akta 344] hendaklah diuruskan mengikut cara yang sama sebagaimana yang harta itu diperintahkan oleh seksyen ini supaya diuruskan.
(6)
Seksyen ini tidaklah terpakai dalam hal harta si mati yang baginya Bahagian III atau IV Akta Harta Pusaka Kecil
(Pembahagian) 1955 [Akta 98] terpakai, tetapi, tertakluk kepada yang disebut terdahulu, hendaklah terpakai bagi semua Negeri.
Pentadbiran harta pusaka yang kecil nilainya