Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(a)
nilai harta tanpa ditolak hutang, tetapi tidak termasuk nilai apa-apa harta yang dimiliki si mati atau yang kepadanya dia berhak sebagai pemegang amanah dan bukan secara benefisial, tidak melebihi lima ribu ringgit;
(b)
Perbadanan mendapati bahawa orang yang berhak secara benefisial ialah orang yang berpendapatan kecil; dan
(c)
Perbadanan boleh mentadbirkan harta pusaka itu di bawah seksyen 17, maka Perbadanan hendaklah mentadbirkan harta pusaka itu di bawah seksyen 17.
Perbadanan Amanah Raya 21
(2)
Jika prosiding telah dimulakan di mana-mana Mahkamah bagi pentadbiran sesuatu harta pusaka dan oleh sebab kecilnya nilai harta pusaka itu Mahkamah mendapati bahawa harta pusaka itu boleh ditadbirkan dengan lebih ekonomi lagi oleh Perbadanan berbanding dengan oleh Mahkamah atau bahawa atas apa-apa sebab lain adalah suai manfaat harta pusaka itu ditadbirkan oleh
Perbadanan dan tidak oleh Mahkamah, maka Mahkamah boleh memerintahkan supaya harta pusaka itu ditadbirkan oleh Perbadanan, dan sesudah itu, tertakluk kepada apa-apa arahan Mahkamah, seksyen 17 hendaklah terpakai seolah-olah pentadbiran harta pusaka itu telah diakujanji oleh Perbadanan di bawah seksyen 17.
Pembayaran bagi nafkah orang belum dewasa