Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Jika, apabila selesainya pentadbiran harta pusaka seseorang yang mati berwasiat atau tidak berwasiat, masih terdapat dengan
Perbadanan wang yang tidak dapat dilupuskan serta-merta olehnya melalui pembahagian mengikut undang-undang oleh sebab ketakdayaan orang yang berhak itu untuk memberikan pelepasan, kerana kurang keupayaan di sisi undang-undang atau selainnya, atau oleh apa-apa sebab lain yang didapati mencukupi oleh Perbadanan, maka Perbadanan boleh menggunakan wang itu bagi faedah orang itu dan boleh bagi maksud itu menjalankan segala usaha di bawah seksyen 19.