Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
(2)
Apa-apa amaun yang merupakan baki kredit Kumpulan
Wang Bersama yang ditubuhkan di bawah seksyen 10 Akta
Pemegang Amanah Raya 1950 [Akta 247] sebagaimana berkuat kuasa sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah pada tarikh yang ditetapkan dipindahkan kepada Kumpulan Wang
Bersama.
(3)
Tertakluk kepada yang diperuntukkan kemudian daripada ini, apa-apa pelaburan wang modal kepunyaan mana-mana harta pusaka yang dipegang oleh Perbadanan selepas tarikh yang ditetapkan, bolehlah diambil alih dan dimasukkan ke dalam akaun pelaburan Kumpulan Wang Bersama.
Perbadanan Amanah Raya 25
(4)
Semua pelaburan yang diambil alih di bawah subseksyen
(3)
hendaklah diambil alih pada kadar pasaran yang terpakai pada tarikh pengambilalihan itu, ditolak apa-apa bunga yang terakru pada tarikh itu, dan tiada pelaburan sedemikian boleh diambil alih melainkan jika ia adalah suatu pelaburan yang dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan wang amanah dan, pada pendapat
Perbadanan, berkemungkinan akan terus menjadi boleh hasil dengan mudah. Bagi maksud subseksyen ini, bunga hendaklah disifatkan terakru dari hari ke hari dan boleh dibahagikan berkenaan dengan masa dengan sewajarnya.
(5)
Apa-apa pelaburan yang dibuat atas akaun Kumpulan Wang
Bersama atau dimasukkan ke dalam akaun pelaburannya tidaklah boleh dibuat atau dipegang atas akaun atau menjadi kepunyaan mana-mana harta pusaka tertentu.
Ketidakmasukan ke dalam Kumpulan Wang Bersama