Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
Yang berikut tidaklah termasuk atau menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Bersama:
(a)
wang yang secara nyata atau secara implikasi yang perlu adalah ditegah daripada dimasukkan ke dalam Kumpulan
Wang Bersama atau diarahkan supaya dilaburkan dalam pelaburan yang selain daripada yang dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan wang amanah;
(b)
pelaburan yang dipegang oleh Perbadanan yang tidak diambil alih di bawah subseksyen 25(3);
(c)
wang yang menjadi sebahagian daripada mana-mana harta pusaka yang ditadbirkan oleh Perbadanan atau yang dipegang oleh Perbadanan sebagai pelikuidasi, penerima, penerima dan pengurus, ejen atau atas apa-apa sifat fidusiari yang lain, yang pada pendapat Perbadanan setelah mengambil kira hal keadaan yang dalamnya ia memegang wang itu dan jangka masa yang baginya wang itu tersedia untuk dilaburkan, tidak patut dilaburkan dalam Kumpulan Wang Bersama.
Pembayaran bunga atas wang modal dalam Kumpulan Wang
Bersama