Malaysia legislation

Section 29

of AKTA PERBADANAN AMANAH RAYA 1995

Seksyen 29

(2)

Perbadanan boleh mengarahkan supaya mana-mana bahagian baki pada kredit akaun pendapatan Kumpulan Wang Bersama pada akhir tahun yang terdahulu (selepas ditolak bunga yang kena dibayar kepada benefisiari dan tanggungan sah yang lain)

dibawa kepada kredit Kumpulan Wang Rizab Am.

(3)

Kumpulan Wang Rizab Am hendaklah digunakan untuk—

(a)

menjelaskan kerugian yang timbul daripada pelupusan pelaburan Kumpulan Wang Bersama;

(b)

mengekalkan kadar yang munasabah bagi pembayaran bunga atau pembayaran bunga yang ditetapkan atas wang modal dalam Kumpulan Wang Bersama;

(c)

menjalankan maksud am Kumpulan Wang Bersama;

atau

(d)

apa-apa maksud lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui kaedah-kaedah.

(4)

Kumpulan Wang Rizab Am boleh dilaburkan oleh Perbadanan dalam apa-apa pelaburan yang dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan wang amanah atau boleh didepositkan di dalam mana-mana bank.