Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PERBADANAN AMANAH RAYA 1995

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“amanah” termasuklah pewasian atau hal tadbir; dan “pemegang amanah” hendaklah ditafsirkan sewajarnya;

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada sebenar, kontingen atau prospektif;

“harta” termasuk segala harta, alih atau tak alih, dan segala harta pusaka, kepentingan, isemen dan hak, sama ada secara ekuiti atau di sisi undang-undang dalam, kepada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik;

“harta amanah” termasuklah segala harta dalam milik atau di bawah kawalan, keseluruhannya atau sebahagiannya, Perbadanan menurut kuasa apa-apa amanah;

“harta pusaka” ertinya apa-apa harta yang ditadbirkan, dipegang, diuruskan atau dikawal oleh Perbadanan sama ada sebagai pemegang amanah atau pentadbir atau penjaga, penerima, penerima dan pengurus, pelikuidasi atau wakil, atau atas apa-apa sifat lain;

“Kumpulan Wang Bersama” ertinya Kumpulan Wang Bersama yang dibentuk di bawah seksyen 25;

“Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan” atau “Kumpulan Wang”

ertinya Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan yang dibentuk di bawah seksyen 30;

“liabiliti” ertinya tiap-tiap jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi (sama ada masa kini atau pada masa hadapan, sebenar atau kontingen, dan sama ada kena dibayar atau dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain);

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau Hakim Mahkamah itu dan termasuklah, dalam hal jika mana-mana daripada mereka diberikan kuasa untuk bertindak, Pendaftar, Timbalan Pendaftar,

Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah

Tinggi;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pentadbiran amanah dan harta pusaka;

Perbadanan Amanah Raya 9

*“Pegawai Pentadbir Pusaka” ertinya Pegawai Pentadbir Pusaka,

Malaysia, yang dilantik di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97];

“Pemegang Amanah Raya” ertinya Pemegang Amanah Raya,

Malaysia, yang dilantik di bawah Akta Pemegang Amanah Raya 1950 [Akta 247];

“pentadbir” ertinya seseorang yang kepadanya surat kuasa mentadbir diberikan;

“pentadbiran” ertinya pentadbiran harta pusaka orang yang mati oleh seseorang wasi atau pentadbir;

**“Perbadanan” ertinya perbadanan di bawah nama Amanah

Raya Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965