Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
(2)
Segala wang yang menjadi sebahagian daripada mana-mana Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan hendaklah dilaburkan dalam apa-apa kelas atau kelas-kelas pelaburan yang ditentukan oleh Perbadanan pada masa Kumpulan Wang itu ditubuhkan,
28
Undang-Undang Malaysia yang merupakan pelaburan yang dibenarkan oleh surat cara atau kuasa lain yang melaluinya wang itu dipegang atau apa-apa pelaburan yang dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan wang amanah.
(3)
Tertakluk kepada seksyen ini, jika wang mana-mana harta pusaka berada dalam miliknya dan tersedia untuk dilaburkan tetapi tidak dilaburkan dalam Kumpulan Wang Bersama, maka
Perbadanan bolehlah melaburkan wang itu dalam mana-mana
Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulannya yang dalamnya wang itu boleh dilaburkan dengan sah jika wang itu tidak diarahkan supaya dilaburkan mengikut apa-apa cara tertentu yang lain dan pelaburan dalam sesuatu Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan itu adalah selaras dengan terma surat cara amanah itu (jika ada)
atau kuasa lain yang mengawal wang itu.
(4)
Pelaburan yang dibuat daripada wang yang menjadi sebahagian daripada sesuatu Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan tidaklah boleh dibuat atas akaun atau menjadi kepunyaan mana-mana harta pusaka tertentu.
Arahan