Malaysia legislation

Section 35

of AKTA PERBADANAN AMANAH RAYA 1995

Seksyen 35

Pengecualian daripada kena memberi notis mengenai pembahagian harta

Jika nilai sepenuhnya apa-apa harta (tanpa ditolak hutang, tetapi tidak termasuk nilai apa-apa harta yang dimiliki si mati atau yang kepadanya dia berhak sebagai pemegang amanah dan tidak secara benefisial) yang ditadbirkan oleh Perbadanan, sama ada menurut apa-apa surat cara amanah atau wasiat atau menurut kuasa pemberian surat kuasa mentadbir kepada Perbadanan atau menurut kuasa yang diberikan kepada Perbadanan oleh Akta ini, tidak melebihi enam ratus ribu ringgit, maka tidaklah perlu bagi

Perbadanan untuk memberikan notis mengenai niatnya untuk membahagikan harta pusaka itu atau menghendaki mana-mana orang yang berkepentingan untuk menghantar butir-butir mengenai tuntutannya terhadap harta pusaka itu, tetapi Perbadanan boleh dengan serta-merta terus memindah hak atau membahagikan harta pusaka itu atau mana-mana bahagiannya kepada atau di kalangan orang yang berhak kepadanya, dengan mengambil kira tuntutan itu sahaja, sama ada formal atau tidak, yang mengenainya Perbadanan telah diberikan notis ketika itu, dan Perbadanan tidaklah, berkenaan dengan harta yang dipindah hak atau dibahagikan sedemikian, bertanggungan kepada mana-mana orang yang mengenai tuntutannya

Perbadanan telah tidak diberikan notis pada masa pemindahhakan atau pembahagian itu; tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh—

(a)

menjejaskan hak mana-mana orang untuk mengikuti harta yang merupakan harta yang sama, ke dalam tangan mana-mana orang, selain daripada seorang pembeli, yang mungkin telah menerimanya; atau

(b)

membebaskan Perbadanan daripada apa-apa obligasi untuk membuat carian yang serupa dengan carian yang seorang bakal pembeli patut membuat atau mendapatkan.

Pendaftaran Perbadanan bukanlah notis mengenai amanah