Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah
(a)
apa-apa perkara yang baginya kaedah-kaedah adalah dibenarkan dengan nyata untuk dibuat di bawah Akta ini;
(b)
pelaksanaan fungsi dan tugas atau penjalanan kuasa
Perbadanan di bawah seksyen 15 hingga 21;
(c)
tatacara dan prosiding berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah seksyen 15 hingga 21;
(d)
apa-apa perkara berhubungan dengan Kumpulan Wang
Pelaburan Kumpulan yang baginya arahan boleh diberikan di bawah seksyen 31; dan
(e)
apa-apa perkara lain secara amnya untuk memberikan kuat kuasa kepada objektif Akta ini.
(2)
Sebelum membuat apa-apa kaedah-kaedah, Menteri hendaklah—
(a)
mengambil kira Bahagian III; dan
(b)
berunding dengan Perbadanan tentang perkara yang akan diperkatakan dalam kaedah-kaedah itu.
(3)
Menteri boleh membuat apa-apa kaedah-kaedah yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitan yang disebabkan oleh mula berkuat kuasanya
Akta ini dan apa-apa kaedah-kaedah itu boleh dibuat sedemikian supaya mempunyai kuat kuasa dari mula berkuat kuasanya Akta ini.
Kuasa untuk memberikan arahan