Malaysia legislation

Section 43

of AKTA PERBADANAN AMANAH RAYA 1995

Seksyen 43

Pemansuhan dan kecualian

(2)

Pemegang Amanah Raya yang merupakan perbadanan seorang yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah

Raya 1950 dan Pegawai Pentadbir Pusaka yang merupakan suatu jawatan statutori yang ditubuhkan di bawah Akta Probet dan

Pentadbiran 1959 hendaklah terhenti daripada wujud pada tarikh yang ditetapkan.

(3)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, segala undang-undang bertulis yang menyentuh Pemegang Amanah Raya dan Pegawai

Pentadbir Pusaka dan yang berkuat kuasa sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan, hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan, terus berkuat kuasa pada dan selepas tarikh yang ditetapkan dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan:

Dengan syarat bahawa apa-apa sebutan dalamnya mengenai

Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Perbadanan, dan ungkapan yang mengandungi sebutan itu hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

(4)

Segala perintah, pelantikan dan pemberitahuan yang dibuat di bawah Akta Pemegang Amanah Raya 1950 dan berkuat kuasa sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan hendaklah, setakat yang ia selaras dengan Akta ini, disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga peruntukan lain dibuat di bawah Akta ini atau sehingga tarikh ia habis tempoh.

(5)

Maka dengan ini diisytiharkan bahawa pemansuhan Akta

Pemegang Amanah Raya 1950 dan apa-apa pemansuhan peruntukan atau pindaan Akta Probet dan Pentadbiran 1959 tidaklah menyentuh

34

Undang-Undang Malaysia mana-mana dokumen yang dibuat atau apa jua pun perkara yang dilakukan di bawah peruntukan yang dimansuhkan atau dipinda sedemikian, dan tiap-tiap dokumen atau perkara itu, setakat yang ia wujud atau berkuat kuasa pada masa pemansuhan atau pindaan itu dan boleh dibuat atau dilakukan di bawah Akta ini, hendaklah berterusan dan mempunyai kuat kuasa seolah-olah ia telah dibuat atau dilakukan di bawah peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini dan seolah-olah peruntukan itu telah berkuat kuasa apabila dokumen itu dibuat atau perkara itu dilakukan.

(6)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, pemansuhan Akta

Pemegang Amanah Raya 1950 atau apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini tidaklah menjejaskan hak mana-mana orang untuk mendapat pampasan daripada Kumpulan Wang Disatukan dan hak itu telah berbangkit di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan.

Perbadanan Amanah Raya 35

Akta 532

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

–TIADA–

36

Undang-Undang Malaysia

Akta 532

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

–TIADA–