Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PERBADANAN AMANAH RAYA 1995

Seksyen 4

Peruntukan peletakhakan

(2)

Tiap-tiap harta yang terletak hak pada Perbadanan menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah terletak hak sedemikian pada

Perbadanan dengan hakmilik, harta pusaka atau kepentingan dan pemegangan yang serupa sebagaimana ia terletak hak atau dipegang sebelum sahaja tarikh peletakhakan itu.

(3)

Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak pada Perbadanan menurut kuasa subseksyen (1) boleh, selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh

Perbadanan atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Perbadanan atau Pemegang Amanah Raya atau Kerajaan Malaysia memberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai peletakhakan di bawah subseksyen (1).

(4)

Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak pada

Perbadanan menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap Perbadanan atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Perbadanan atau Pemegang Amanah Raya atau Kerajaan Malaysia memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1).

Perbadanan Amanah Raya 11

(5)

Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Pemegang Amanah Raya atau Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak atau liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Perbadanan menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, diteruskan oleh atau terhadap Perbadanan.

(6)

Segala harta dalam milik atau di bawah kawalan Pemegang

Amanah Raya, keseluruhannya atau sebahagiannya, menurut kuasa apa-apa amanah hendaklah pada tarikh peletakhakan berpindah kepada Perbadanan dengan segala kuasa, hak, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang berhubung kait dengannya sebelum sahaja tarikh peletakhakan setakat yang ia selaras dengan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.

(7)

Apa-apa sebutan mengenai Pemegang Amanah Raya atau

Pegawai Pentadbir Pusaka dalam mana-mana perintah Mahkamah, surat ikatan, kontrak, surat cara atau apa jua pun dokumen lain hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Perbadanan dan segala hak, kuasa, obligasi dan kewajipan yang diberikan, dikenakan, diakujanji atau ditanggung oleh Pemegang Amanah

Raya atau Pegawai Pentadbir Pusaka di bawah atau menurut kuasa mana-mana perintah Mahkamah, surat ikatan, kontrak, surat cara atau dokumen lain itu hendaklah disifatkan telah diberikan atau dikenakan atau diakujanji atau ditanggung oleh Perbadanan.

Pemegangan permulaan Kerajaan dalam Perbadanan