Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PERBADANAN AMANAH RAYA 1995

Seksyen 5

(2)

Syer yang dikehendaki diterbitkan di bawah seksyen ini hendaklah diterbitkan atau diuntukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma tentang penguntukan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan selepas berunding dengan Menteri.

(3)

Syer yang diterbitkan di bawah seksyen ini—

(a)

hendaklah mempunyai nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan; dan 12

Undang-Undang Malaysia

(b)

hendaklah diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud Akta Syarikat 1965 seolah-olah ia berbayar menurut kuasa pembayaran nilai nominalnya kepada

Perbadanan.

(4)

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh

Menteri Kewangan menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Pelaburan Kerajaan dalam penerbitan selanjutnya syer

Perbadanan