Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(2)
Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Menteri Kewangan berikutan dengan peruntukan seksyen ini hendaklah dikira sebagai pelaburan dan dibenarkan di bawah subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta
Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].
(3)
Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh
Menteri Kewangan di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
(4)
Duti setem tidaklah boleh dikenakan berkenaan dengan apa-apa pertambahan modal Perbadanan yang—
(a)
dilaksanakan dengan penerbitan syer; dan
(b)
diperakui oleh Perbendaharaan sebagai telah dilaksanakan dengan penerbitan syer yang dimohon beli oleh Menteri
Kewangan di bawah subseksyen (1).
Kakitangan