Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(a)
bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang dengan tidak sepatutnya daripada
Kumpulan Wang atau bagi apa-apa pembayaran wang itu yang tidak disokong dengan sewajarnya;
(aa) tidak atau telah tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepada Lembaga yang bagi pemungutannya dia adalah atau telah dipertanggungjawabkan;
(b)
bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi kemusnahan pada, apa-apa wang, sekuriti, barang atau harta lain Lembaga;
(c)
yang menjadi atau pernah menjadi pegawai perakaunan, tidak atau telah tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau
(d)
telah tidak membuat apa-apa pembayaran, atau bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelengahan dalam pembayaran, akan wang daripada
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 27
Lembaga kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibayar di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan
Lembaga, dan jika penjelasan yang memuaskan tidak dikemukakan kepada
Lembaga dalam tempoh yang dinyatakan oleh Lembaga, berkenaan dengan kegagalan untuk memungut, pembayaran tidak sepatutnya, pembayaran yang tidak disokong dengan sewajarnya, kekurangan atau kemusnahan, atau kegagalan untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelengahan dalam membuat pembayaran, maka Lembaga boleh mengenakan surcaj terhadap orang tersebut sejumlah wang yang tidak melebihi amaun itu bagi mana-mana amaun yang tidak dipungut, mana-mana pembayaran, kekurangan, atau kerugian atau nilai harta yang dimusnahkan, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan berkenaan dengan kegagalan untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelengahan dalam membuat pembayaran, Lembaga boleh mengenakan surcaj terhadap orang tersebut sejumlah wang sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(2)
Lembaga hendaklah menyebabkan ketua pegawai eksekutif diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1)
dan ketua pegawai eksekutif hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcaj itu.
(3)
Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan telah diterima atau jika selainnya ternyata bahawa tiada surcaj patut dibuat,
Lembaga hendaklah dengan serta-merta menyebabkan ketua pegawai eksekutif diberitahu tentang penarikan balik itu.
(4)
Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen (1)
dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga oleh orang yang terhadapnya surcaj itu dikenakan dan boleh didakwa dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah secara guaman oleh Lembaga dan boleh juga didapatkan kembali melalui potongan—
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 533
(a)
daripada gaji orang yang disurcaj jika
Lembaga mengarahkan sedemikian; atau
(b)
daripada pencen orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian, secara ansuran bulanan yang setara yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Perlindungan daripada liabiliti diri