Malaysia legislation

Section 11

of AKTA TABUNG HAJI 1995

Seksyen 11

Undang-Undang Malaysia 16

(2)

Orang yang tidak layak untuk dilantik menjadi anggota atau untuk menjadi anggota Lembaga di bawah subseksyen 6(3)

adalah juga tidak layak untuk dilantik menjadi anggota atau untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.

(3)

Seseorang anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.

(4)

Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.

(5)

Seseorang anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada Ketua Pegawai Eksekutif.

(6)

Setiap jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiap-tiap dua bulan sekali.

(7)

Jika seseorang anggota sesuatu jawatankuasa—

(a)

tidak menghadiri tiga mesyuarat jawatankuasa berturut-turut tanpa kebenaran bertulis Ketua Pegawai Eksekutif;

atau

(b)

menjadi tidak layak di bawah subseksyen (2), jawatannya sebagai anggota jawatankuasa hendaklah menjadi kosong.

(8)

Tertakluk kepada subseksyen (6) dan (9), seksyen 7,

8 dan 9 hendaklah terpakai bagi sesuatu jawatankuasa dan anggotanya sebagaimana seksyen itu terpakai bagi Lembaga dan anggotanya.

Tabung Haji 17

(9)

Dalam pemakaiannya bagi sesuatu jawatankuasa—

(a)

seksyen 7 hendaklah dibaca seolah-olah perkataan “Menteri”

digantikan dengan perkataan “Lembaga”; dan

(b)

seksyen 9 hendaklah terpakai bagi seseorang anggota sesuatu jawatankuasa berkenaan dengan apa-apa kontrak atau apa-apa perolehan, pembelian, pajakan atau urus niaga mengenai tanah atau apa-apa projek, pelaburan atau skim yang menjadi urusan jawatankuasa itu.