Malaysia legislation

Section 13

of AKTA TABUNG HAJI 1995

Seksyen 13

(a)

melantik dan mengambil kerja atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Lembaga mana-mana orang untuk menjadi pengarah urusan, pengarah eksekutif, pengurus besar dan mana-mana pegawai dan pekhidmat lain yang perlu untuk menjalankan maksud Akta ini; dan

Undang-Undang Malaysia 18

(b)

menjalankan kawalan tatatertib ke atas pegawai dan pekhidmatnya.

(2)

Lembaga boleh mengambil kerja dan membayar ejen dan penasihat teknik termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur atau penilai atau orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki supaya dijalankan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik maksud Akta ini, dan boleh membayar daripada Kumpulan

Wang segala caj dan belanja yang dilakukan sedemikian.

(3)

Lembaga boleh melalui surat cara di bawah meterainya melantik mana-mana orang sama ada di Malaysia atau mana-mana tempat di luar Malaysia untuk menjadi wakilnya dan orang yang dilantik sedemikian boleh, tertakluk kepada terma surat cara itu, melakukan apa-apa perbuatan atau melaksanakan apa-apa kuasa atau fungsi yang dia diberi kuasa oleh surat cara itu untuk melakukannya atau melaksanakannya.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan dan tatatertib