Malaysia legislation

Section 27

of AKTA TABUNG HAJI 1995

Seksyen 27

(a)

menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji;

Tabung Haji 25

(b)

mengiklankan bahawa dia menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan, atau bahawa dia mengelolakan perjalanan, ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji;

(c)

membuat atau terus membuat apa-apa representasi yang bermaksud bahawa dia menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan, atau bahawa dia mengelolakan perjalanan, ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji; atau

(d)

melakukan apa-apa perbuatan atau benda yang boleh semunasabahnya mendorong Lembaga untuk mempercayai bahawa orang itu akan menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan, atau akan mengelolakan perjalanan, ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji, melainkan jika dia memegang lesen pengelola jemaah haji yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan—

(a)

berkenaan dengan kesalahan pertama, boleh didenda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan

(b)

berkenaan dengan kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, boleh didenda tidak kurang daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Permohonan lesen dan pengeluaran lesen