Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(a)
jaminan bank dalam apa-apa bentuk dan bagi apa-apa amaun yang diluluskan oleh Lembaga; dan
(b)
deposit wang tunai bagi apa-apa amaun yang ditentukan oleh Lembaga.
(2)
Lembaga boleh menghendaki mana-mana pengelola jemaah haji supaya memberikan jaminan bank baru atau mendepositkan wang tunai tambahan bagi apa-apa amaun dan mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Lembaga sebagai cagaran yang mencukupi buat masa itu bagi keberterusan lesen pengelola jemaah haji itu.
(3)
Deposit cagaran yang dikehendaki di bawah subseksyen (1)
hendaklah dipegang sebagai cagaran bagi pematuhan wajar terma dan syarat yang dikenakan oleh Lembaga di bawah subseksyen 28(3)
dan bagi pelaksanaan wajar obligasi yang dikenakan di bawah seksyen 31.
Tabung Haji 27
(4)
Jika mana-mana pengelola jemaah haji tidak mematuhi mana-mana terma dan syarat atau tidak melaksanakan mana-mana obligasi yang disebut dalam subseksyen (3), dia hendaklah melucuthakkan kepada Lembaga apa-apa bahagian deposit cagaran itu sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(5)
Lembaga boleh secara sah di sisi undang-undang dari semasa ke semasa memotong daripada deposit cagaran apa-apa amaun yang mungkin diperlukan—
(a)
untuk menunaikan amaun apa-apa pelucuthakan di bawah subseksyen (4);
(b)
untuk membayar apa-apa jumlah wang yang dituntut di bawah seksyen 31;
(c)
untuk membayar balik apa-apa jumlah wang yang mungkin telah dibayar oleh Lembaga dengan suci hati kepada mana-mana orang yang menuntut bahawa dia berhak atau mempunyai kepentingan terhadap jumlah wang itu.
Penalti kerana melanggar terma dan syarat lesen