Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
(a)
bahawa jika mana-mana jemaah haji tertahan di Tanah
Suci atau di tempat lain selama tempoh yang lebih lama daripada dua puluh empat jam dari masa dan tarikh tempat dalam pesawat udara itu sepatutnya ada, pengelola jemaah haji itu hendaklah membayar kepada Duta atau
Konsul Malaysia di Tanah Suci atau di tempat lain apa-apa jumlah wang yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa sebagai mencukupi untuk elaun sara hidup bagi setiap jemaah haji itu sehingga jemaah haji itu mempunyai peluang untuk dibawa balik ke Malaysia;
dan
(b)
bahawa jika mana-mana jemaah haji yang diberi tiket pergi balik yang dikeluarkan di Malaysia tertahan di Tanah
Suci atau di tempat lain kerana tiada tempat diberikan oleh sesuatu pesawat udara yang baginya tiketnya boleh digunakan, selama apa-apa tempoh yang lebih lama daripada bilangan maksimum hari yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa yang kiraannya hendaklah dibuat dari masa dan tarikh apabila tempat atas pesawat udara itu sepatutnya ada, maka pengelola jemaah haji itu hendaklah membayar kepada Menteri berkenaan dengan setiap jemaah haji sedemikian apa-apa jumlah wang yang dituntut oleh Menteri sebagai kos untuk menghantar pulang jemaah haji itu.
(2)
Tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh bermula selagi pesawat udara itu terhalang daripada membawa jemaah haji dalam perjalanan pulang kerana gangguan perang atau apa-apa jenis vis major.
(3)
Perakuan tentang tahanan itu yang berupa sebagai ditandatangani dan dimeteraikan dengan meterai konsular Duta atau Konsul
Malaysia di Tanah Suci atau di tempat lain boleh diterima sebagai
Tabung Haji 29
keterangan mengenai segala fakta yang dinyatakan dalamnya dan hendaklah diterima, tanpa terlebih dahulu dibuktikan dengan tandatangan, sebagai keterangan dalam mana-mana mahkamah di
Malaysia atau dalam mana-mana timbang tara.
Pengeluaran tiket kepada jemaah haji