Malaysia legislation

Section 34

of AKTA TABUNG HAJI 1995

Seksyen 34

(a)

dikeluarkan kepadanya dengan sewajarnya suatu

Pasport Haji;

(b)

dikeluarkan kepadanya oleh pihak berkuasa yang relevan dan melalui Lembaga visa yang sah untuk menunaikan haji di Tanah Suci bagi musim haji semasa;

(c)

membayar atau menyebabkan dibayar sepenuhnya tiket pergi baliknya untuk perjalanan ke Tanah Suci untuk menunaikan haji dan pulang dari Tanah Suci atau, dalam hal jemaah haji yang telah diberi kebenaran bertulis di bawah seksyen 33, sudah membayar atau menyebabkan dibayar sepenuhnya tiket perjalanan sehalanya;

(d)

membayar atau menyebabkan dibayar sepenuhnya apa-apa jumlah wang tambahan yang ditentukan oleh Lembaga sebagai mencukupi bagi belanja hidup jemaah haji itu sepanjang keseluruhan tempoh dia tinggal di Tanah Suci dan bayaran itu sudah disahkan sewajarnya diterima oleh

Lembaga atau oleh pengelola jemaah haji yang relevan;

dan

(e)

menjalani apa-apa pemeriksaan perubatan yang diluluskan oleh Lembaga.

(2)

Lembaga boleh mengikut budi bicara mutlaknya mengecualikan mana-mana orang daripada pemakaian mana-mana bahagian seksyen ini atau meminda atau mengubah mana-mana kehendak di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana orang.

Tabung Haji 31

Lembaga hendaklah mengeluarkan Pasport Haji