Malaysia legislation

Section 45

of AKTA TABUNG HAJI 1995

Seksyen 45

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—

(a)

berkenaan dengan penubuhan jawatankuasa dan tatacara jawatankuasa sedemikian;

(b)

untuk mengenakan fi dalam mana-mana hal yang ditentukan oleh Lembaga;

(c)

bagi penyimpanan, penutupan dan pengauditan akaun

Lembaga, termasuk perkara tentang tatacara kewangan dan perakaunannya sendiri;

(d)

untuk mengawal selia tatacaranya sendiri termasuk tatacara yang berhubungan dengan perkara perjawatan dan operasi dan peminjaman wang;

(e)

untuk menguruskan pendepositan ke dalam dan pengeluaran daripada Kumpulan Wang, dan khususnya—

(i)

untuk mengadakan peruntukan bagi penamaan oleh pendeposit orang yang kepadanya apa-apa amaun yang terkredit untuknya dalam Kumpulan

Wang pada masa kematiannya hendaklah dibayar apabila dia mati, bagi cara penamaan itu boleh dibatalkan dan bagi hal keadaan penamaan itu dianggap sudah terhenti berkuat kuasa dan bagi pembayaran amaun itu kepada penama yang dinamakan sedemikian;

(ii)

untuk mengadakan peruntukan bagi pembayaran jumlah wang yang terkredit untuk seseorang pendeposit pada masa kematiannya jika tidak ada penamaan oleh pendeposit itu orang yang kepadanya jumlah wang itu hendaklah dibayar apabila dia mati;

(iii)

untuk mengadakan peruntukan bagi cara pembayaran untung boleh agih jika seseorang pendeposit mati atau semasa pengeluaran;

Undang-Undang Malaysia 36

(f)

untuk menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Lembaga termasuk perkara yang berhubungan dengan prosiding tatatertib dan hukuman tatatertib dan rayuan berkenaan dengannya dan berkenaan dengan gaji, elaun, terma dan syarat perkhidmatan, tempoh perkhidmatan dan cuti pegawai dan pekhidmatnya;

(g)

untuk menetapkan cara bagi apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara hendaklah ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;

(h)

untuk mengadakan peruntukan bagi bentuk dan tatacara dalam pengeluaran Pasport Haji;

(i)

untuk menetapkan orang yang olehnya dan syarat yang berdasarkannya Pasport Haji boleh diberikan;

(j)

untuk mengadakan peruntukan bagi pemberian pinjaman atau pendahuluan kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga—

(i)

bagi membeli atau mendirikan rumah yang didiaminya atau yang dia bercadang hendak mendiaminya atau untuk melepaskan apa-apa gadaian atau gadai janji atau apa-apa bebanan lain atas rumah itu;

(ii)

bagi membeli kenderaan bagi kegunaannya sendiri;

(iii)

bagi pemerolehan komputer peribadi atau barang-barang lain yang perlu atau berguna bagi pelaksanaan lebih baik tugas-tugasnya sebagai pegawai atau pekhidmat sedemikian; atau

(iv)

bagi apa-apa belanja pendidikan atau perubatan yang diperlukan olehnya;

(k)

untuk menetapkan terma dan syarat dan tatacara bagi pemberian pinjaman atau pendahuluan kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, termasuk, jika pinjaman itu adalah bagi maksud membeli atau mendirikan rumah atau melepaskan apa-apa bebanan atas rumah, syarat bahawa rumah itu termasuk tanah yang menjadi tapaknya hendaklah digadaikan kepada atau diserahhakkan kepada Lembaga sebagai cagaran bagi pinjaman itu;

Tabung Haji 37

(l)

untuk mengadakan peruntukan bagi tatacara bagi pengkompaunan kesalahan;

(m)

untuk mengadakan peruntukan bagi pemusnahan rekod dan dokumen selepas berunding terlebih dahulu dengan

Arkib Negara; dan

(n)

untuk mengadakan peruntukan bagi segala perkara yang dikehendaki ditetapkan atau yang perlu atau suai manfaat untuk memberikan kuat kuasa kepada Akta ini.

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini—

(a)

boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang melanggar mana-mana peruntukannya adalah menjadi suatu kesalahan; dan

(b)

boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun bagi kesalahan sedemikian.

Kuasa untuk meminda Jadual