Malaysia legislation

Section 52

of AKTA TABUNG HAJI 1995

Seksyen 52

Tertakluk kepada Akta ini, segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum hari yang ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta yang dipindahkan di bawah seksyen 51 hendaklah berkuat kuasa dan berkesan penuh terhadap atau bagi faedah Lembaga dan boleh dikuat kuasa dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah Lembaga dan bukan Lembaga

Urusan dan Tabung Haji yang telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi pihak kepadanya.