Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(a)
seorang Pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh
Menteri;
(b)
seorang wakil Jabatan Perdana Menteri;
(c)
seorang wakil Perbendaharaan; dan
(d)
tidak lebih daripada tujuh orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
(2)
Tiada seorang pun boleh dilantik menjadi anggota Lembaga melainkan jika dia seorang Muslim dan warganegara Malaysia.
(3)
Orang yang berikut tidak layak untuk dilantik menjadi anggota atau untuk menjadi anggota Lembaga:
(a)
orang bankrap;
(b)
orang yang telah disabitkan atas sesuatu kesalahan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun; atau
(c)
orang yang tidak sempurna akal atau yang selainnya tidak berupaya melaksanakan fungsinya sebagai anggota
Lembaga.
(4)
Jika seseorang anggota Lembaga—
(a)
tidak menghadiri tiga mesyuarat Lembaga berturut-turut tanpa kebenaran bertulis Pengerusi Lembaga; atau
(b)
menjadi tidak layak di bawah subseksyen (3), jawatannya sebagai anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong.
(5)
Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.
(6)
Seseorang anggota Lembaga boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis kepada
Menteri.
Tabung Haji 13
(7)
Tertakluk kepada subseksyen (4), (5) dan (6), seseorang anggota Lembaga hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak dilantik semula.
Saraan