Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(a)
apa-apa syer atau kepentingan—
(i)
dalam apa-apa kontrak yang dibuat dengan
Lembaga;
(ii)
dalam apa-apa kerja yang dilakukan untuk Lembaga;
atau
(iii)
dalam mana-mana syarikat atau firma yang dengannya
Lembaga bercadang hendak membuat kontrak berkenaan dengan apa-apa pengusahaan; atau
(b)
apa-apa kepentingan benefisial mengenai tanah yang dicadangkan hendak diperoleh, dibeli, dipajakkan atau diuruskan selainnya oleh Lembaga, yang diketahuinya akan tersentuh atau mungkin akan tersentuh oleh mana-mana projek, skim atau perusahaan yang diluluskan atau dicadangkan hendak diluluskan oleh Lembaga, hendaklah mengisytiharkan jenis dan takat syer atau kepentingannya kepada Lembaga.
(2)
Perisytiharan yang dikehendaki dibuat oleh seseorang anggota di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat—
(a)
pada mesyuarat Lembaga yang apa-apa soal berhubungan dengan kontrak, pemerolehan, pembelian, pemajakan, urus niaga, projek atau skim yang disebut dalam subseksyen itu mula-mula dipertimbangkan;
(b)
jika anggota itu tidak mempunyai apa-apa syer atau kepentingan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a)
pada tarikh mesyuarat yang tersebut dalam perenggan itu, pada mesyuarat sedemikian yang berikutnya yang diadakan selepas dia memperoleh syer atau kepentingan itu; atau
(c)
jika seseorang anggota memperoleh apa-apa syer atau kepentingan dalam apa-apa kontrak dengan Lembaga selepas kontrak itu dibuat, pada mesyuarat yang pertama yang diadakan selepas anggota itu memperoleh syer atau kepentingan itu.
Tabung Haji 15
(3)
Bagi maksud seksyen ini, notis am yang diberikan kepada anggota lain oleh seseorang anggota yang bermaksud bahawa dia ialah pemegang syer atau pengarah mana-mana syarikat atau firma yang tertentu dan hendaklah dikira mempunyai kepentingan dalam apa-apa kontrak yang mungkin, selepas tarikh notis itu, dibuat dengan atau oleh syarikat atau firma itu, hendaklah disifatkan sebagai perisytiharan yang mencukupi tentang kepentingan berhubungan dengan apa-apa kontrak yang dibuat sedemikian.
(4)
Notis yang diberikan di bawah subseksyen (3) tidak mempunyai kuat kuasa melainkan jika diberikan pada mesyuarat
Lembaga atau anggota yang berkenaan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa notis itu dikemukakan dan dibaca pada mesyuarat Lembaga yang berikutnya selepas notis itu diberikan.
(5)
Tiap-tiap perisytiharan yang dibuat menurut seksyen ini hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang padanya perisytiharan itu dibuat atau dibaca.
(6)
Tiada seorang pun anggota Lembaga boleh mengundi atas apa-apa ketetapan atau soal yang berhubungan dengan apa-apa kontrak, perolehan, pembelian, pajakan, urus niaga, projek atau skim yang mengenainya dia mempunyai apa-apa syer atau kepentingan, sama ada atau tidak dia sudah mengisytiharkan syer atau kepentingannya, atau mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangan (kecuali atas undangan Lembaga) atau keputusan yang berhubungan dengannya atau apa-apa perkara yang bersampingan dengannya dan jika dia berbuat demikian—
(a)
undinya tidak boleh dikira; dan
(b)
dia tidak boleh dikira dalam kuorum yang hadir pada mesyuarat bagi maksud ketetapan atau soal itu.
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki maklumat