Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Fungsi tambahan Perbadanan
Sebagai tambahan kepada kewajipan yang tambahan dikenakan dan kuasa yang terletak hak pada Perbadanan oleh Akta ini,
Perbadanan boleh mengusahakan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasa lain dan mentadbirkan dan membelanjakan apa-apa wang lain bagi apa-apa maksud yang diserahhakkan atau diberikan kepadanya oleh Kerajaan Persekutuan, dan dalam melakukan sedemikian Perbadanan hendaklah disifatkan memenuhi maksud
Akta ini dan peruntukan-peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi
Perbadanan berkenaan dengan pengusahaan fungsi itu, penjalanan kuasa itu dan pentadbiran dan pembelanjaan wang itu:
Dengan syarat bahawa akaun wang itu hendaklah disimpan berasingan dan terpisah daripada wang dalam Kumpulan Wang.