Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Perbadanan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas berakhirnya
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 536
setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada
Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada mana-mana pihak berkuasa awam yang lain suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Perbadanan sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Perbadanan sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Menteri.