Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Kuasa Perbadanan untuk membuat peraturan berhubungan dengan kelakuan dan tatatertib
(2)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk —
(a)
peruntukan bagi penubuhan pihak berkuasa tatatertib yang sesuai bagi kategori berlainan pegawai dan pekhidmat
Perbadanan;
(b)
peruntukan bagi penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib untuk mendengar rayuan daripada keputusan pihak berkuasa tatatertib; dan
(c)
peruntukan bagi —
(i)
penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain; atau
(ii)
penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Perbadanan semasa prosiding tatatertib itu belum selesai.
(3)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Perbadanan, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat.
(4)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib, memberikan peluang kepada orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil untuk membuat representasi sebelum suatu keputusan dicapai oleh pihak berkuasa tatatertib atas apa-apa pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadap orang itu.
Perbadanan Putrajaya 17
Surcaj