Malaysia legislation

Section 18

of *AKTA PERBADANAN PUTRAJAYA 1995

Seksyen 18

(a)

tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepada

Perbadanan yang bagi pemungutannya dia bertanggungjawab;

(b)

adalah atau telah bertanggungjawab ke atas apa-apa pembayaran wang daripada Kumpulan Wang yang tidak sepatutnya dibuat atau ke atas apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;

(c)

adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung langsung, ke atas apa-apa kekurangan pada, atau ke atas pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang-barang simpanan atau harta lain

Perbadanan;

(d)

sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak atau telah tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau

(e)

telah tidak membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran, wang daripada Kumpulan Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan

Perbadanan,

Perbadanan hendaklah menyampaikan kepada orang itu suatu notis bertulis yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcajkan, dan jika penjelasan yang memuaskan hati tidak, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebut terdahulu, diberikan kepada Perbadanan berkenaan dengan kegagalan memungut, pembayaran yang tidak sepatutnya dibuat, pembayaran yang tidak diluluskan dengan sewajarnya, kekurangan atau pemusnahan, atau kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat pembayaran, atau kelewatan dalam membuat pembayaran, maka Perbadanan boleh

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 536

mensurcajkan sejumlah wang terhadap orang tersebut yang amaunnya tidak melebihi apa-apa amaun yang tidak dipungut, bayaran, kekurangan, atau kerugian, atau nilai harta yang musnah, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan berkenaan dengan kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat pembayaran, atau kelewatan dalam membuat pembayaran,

Perbadanan boleh mensurcajkan apa-apa jumlah wang terhadap orang itu sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2)

Apabila sesuatu surcaj telah dibuat di bawah subseksyen (1),

Ketua Eksekutif hendaklah memberitahu orang yang disurcajkan itu.

(3)

Perbadanan boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Ketua Eksekutif hendaklah dengan serta-merta menyebabkan orang yang disurcajkan itu diberitahu tentang penarikan balik itu.

(4)

Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1)

dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Perbadanan daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh didakwa dan didapatkan di mana-mana mahkamah atas guaman Perbadanan dan boleh juga didapatkan melalui pemotongan—

(a)

daripada gaji orang yang disurcajkan jika Perbadanan mengarahkan sedemikian; atau

(b)

daripada pencen orang yang disurcajkan jika Perbadanan mengarahkan sedemikian, melalui ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.

Perbadanan boleh menerima pakai peraturan, dsb.