Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA PERBADANAN PUTRAJAYA 1995

Seksyen 20

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

wang yang diterima oleh Perbadanan dalam menjalankan fungsinya sebagai pihak berkuasa tempatan;

(b)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen;

(c)

wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan

Wang;

(d)

wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Perbadanan;

(e)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada

Perbadanan;

(f)

jumlah wang yang dipinjam oleh Perbadanan bagi maksud menjelaskan mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan

(g)

segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada, atau terletak hak pada,

Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa dan kewajipannya.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 536

Pemeliharaan Kumpulan Wang