Malaysia legislation

Section 26

of *AKTA PERBADANAN PUTRAJAYA 1995

Seksyen 26

(2)

Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan

Menteri, meminjam wang melalui penerbitan bon, debentur atau saham daripada apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma yang difikirkannya suai manfaat, dengan kelulusan Menteri, bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

peruntukan modal kerja;

(b)

pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Perbadanan di bawah Akta ini;

(c)

pelaksanaan apa-apa fungsi tambahan yang diusahakan oleh Perbadanan di bawah Akta ini;

(d)

penebusan apa-apa syer atau saham yang ia dikehendaki atau berhak menebusnya; dan

(e)

apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun modal.

Perbadanan Putrajaya 23

Pelaburan