Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“Kerajaan Negeri” ertinya Kerajaan Negeri Selangor;
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 536
“Ketua Eksekutif” ertinya ketua pegawai eksekutif yang disebut dalam subseksyen 14(1) dan termasuk mana-mana pegawai yang diarahkan di bawah subseksyen 14(6) supaya melaksanakan tugas ketua pegawai eksekutif;
“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 20;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah
Persekutuan Putrajaya;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Putrajaya yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“perbadanan” ertinya perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 29;
“Presiden” ertinya Presiden Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 5;
“syarikat” mempunyai pengertian yang sama seperti yang diberikan kepada “perbadanan” di bawah subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965
[Akta 125].