Malaysia legislation

Section 33

of *AKTA PERBADANAN PUTRAJAYA 1995

Seksyen 33

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi —

(a)

mengawal selia pembangunan tanah di

Wilayah

Persekutuan Putrajaya dan secara amnya mengadakan pembangunan tanah yang teratur di Wilayah Persekutuan

Putrajaya;

(b)

menetapkan cara bagaimana apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara akan ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Perbadanan;

(c)

menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Perbadanan;

(d)

mengenakan fi dalam apa-apa hal yang ditentukan oleh

Perbadanan;

(e)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara berkaitan dengan syer, saham, bon, debentur atau saham debentur yang diterbitkan di bawah Akta ini yang didapati oleh

Perbadanan adalah perlu atau suai manfaat, dan khususnya, bagi mengawal selia kaedah penerbitan, pemindahan hakmilik, penebusan atau urusan lain mengenai syer, saham, bon, debentur atau saham debentur itu;

(ea) mengawal selia apa-apa aktiviti, perkhidmatan atau kerja yang dijalankan di mana-mana tempat awam, taman, siar kaki, taman rekreasi, taman bersuka-suka, kebun, kolam renang, tasik, sungai, tanah bencah, stadium, bangunan atau tapak;

(eb) mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan pentauliahan mana-mana orang atau kumpulan orang yang menjalankan apa-apa aktiviti, perkhidmatan atau kerja yang disebut dalam perenggan (ea); dan 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 536

(f)

mengadakan peruntukan pada amnya bagi melaksanakan fungsi, menjalankan kuasa dan menunaikan kewajipan

Perbadanan di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini.

(3)

Peraturan-peraturan di bawah seksyen ini—

(a)

boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukannya adalah menjadi suatu kesalahan;

(b)

boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti, yang tidak melebihi lima ribu ringgit, bagi kesalahan itu;

dan

(c)

boleh menetapkan kesalahan di bawah Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang boleh dikompaunkan, orang yang boleh mengkompaun, had jumlah wang yang boleh dipungut untuk mengkompaun kesalahan sedemikian dan tatacara dan borang yang perlu dipatuhi dalam pengkompaunan kesalahan sedemikian.

Benda yang dilakukan dengan menjangkakan Akta ini akan diperbuat