Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA PERBADANAN PUTRAJAYA 1995

Seksyen 4

(a)

melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan di dalam

Wilayah Persekutuan Putrajaya;

(b)

memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial di dalam

Wilayah Persekutuan Putrajaya;

(c)

memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan komersil, pembangunan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya; dan

(d)

mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang disebut dalam perenggan (b) dan (c) di dalam Wilayah

Persekutuan Putrajaya.

(2)

Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala benda yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya dan, khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang tersebut di atas —

(a)

menjalankan segala kuasa kerajaan tempatan di dalam

Wilayah Persekutuan Putrajaya;

(b)

menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti yang bersifat komersil yang penjalanannya didapati oleh

Perbadanan adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;

(c)

mengambil inisiatif kajian permulaan mengenai kawasan pembangunan semula yang mungkin dan membuat rancangan permulaan yang menggariskan aktiviti

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 536

pembangunan atau pembangunan semula dan tinjauan permulaan untuk menentukan sama ada pengusahaan dan penjalanan projek pembangunan atau pembangunan semula boleh dilaksanakan;

(d)

bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen atau ejen pengurus bagi, atau selainnya bertindak bersama dengan atau bagi pihak, Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan

Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana atau orang lain;

(e)

memajukan dan menyelaraskan penjalanan apa-apa aktiviti oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain;

(f)

dengan kelulusan

Menteri, menubuhkan atau memperkembang, atau memajukan penubuhan atau pengembangan syarikat, perbadanan atau badan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti yang disebut dalam perenggan (b) dan (c) sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa Perbadanan atau secara bebas;

(g)

menghendaki jabatan kerajaan dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam atau bercadang hendak menjalankan pembangunan di dalam Wilayah Persekutuan

Putrajaya mengemukakan laporan, yang mengandungi apa-apa butir dan maklumat yang ditentukan oleh

Perbadanan, mengenai aktivitinya yang dicadangkan;

(h)

melantik mana-mana ejen yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsinya;

(i)

dengan kelulusan Menteri, menswastakan atau dengan apa-apa cara lain memindahmilikkan atau melupuskan mana-mana aktivitinya berhubungan dengan fungsinya di bawah seksyen ini atau menswastakan atau dengan apa-apa cara lain memindahmilikkan atau melupuskan mana-mana asetnya;

Perbadanan Putrajaya 11

(j)

mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana fungsi atau kuasanya;

(k)

mengawal selia, menyelaraskan dan mengusahakan pembangunan, termasuk pembangunan infrastruktur, di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya; dan

(l)

melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan.

(3)

Tertakluk kepada seksyen 9, adalah menjadi tanggungjawab

Perbadanan dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini untuk memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan mengikut cara yang dapat menjayakan dasar Kerajaan Persekutuan yang sedang berkuat kuasa dan khususnya dasar yang berhubungan dengan pembangunan

Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan

Persekutuan.

Keanggotaan Perbadanan

Section 4 — PERBADANAN PUTRAJAYA ACT 1995 | mylaw.my