Malaysia legislation

Section 36

of *AKTA PENJARA 1995

Seksyen 36

(2)

Sesuatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)

hendaklah menjadi suatu kuasa bagi penerimaan banduan itu dan bagi penahanannya di hospital psikiatri atau di tempat lain yang sesuai di

Malaysia sehingga dialihkan atau dibebaskan sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini.

(3)

Jika seseorang banduan yang ditahan di hospital psikiatri di bawah subseksyen (1) adalah, pada pendapat Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu, tidak lagi celaru mental, Pengarah Perubatan itu hendaklah melaporkan dengan sewajarnya kepada Komisioner

Jeneral.

(4)

Apabila menerima laporan itu, Komisioner Jeneral hendaklah, melalui perintah secara bertulis—

(a)

mengarahkan pemulangan banduan itu ke penjara yang darinya dia telah dialihkan atau ke mana-mana penjara lain jika tempoh pemenjaraannya belum habis; atau

(b)

mengarahkan supaya banduan itu dibebaskan jika tempoh pemenjaraannya telah habis.

(5)

Jika seseorang banduan yang ditahan di bawah subseksyen (1)

adalah, pada pendapat Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu, masih lagi bercelaru mental dan tempoh pemenjaraan yang baginya banduan itu dihukum telah habis, perenggan 45(2)(c) Akta Kesihatan

Mental 2001 hendaklah terpakai bagi banduan itu seolah-olah dia telah ditahan mengikut suatu perintah tahanan yang diberikan di bawah perenggan 44(2)(b) Akta itu.

(6)

Masa yang diambil dalam melaksanakan apa-apa pengalihan di bawah seksyen ini dan tempoh semasa banduan itu ditahan di hospital psikiatri hendaklah dikira sebagai sebahagian dari tempoh pemenjaraan itu.

Penjara 31

Banduan yang sakit