Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
Akta Cukai Perkhidmatan 1975, yang disebut "Akta ibu" dalam Bab ini, adalah dipinda dalam seksyen 2 dengan memasukkan selepas takrif "perkhidmatan yang kena dibayar cukai" takrif yang berikut:
' "perkhidmatan yang kena dibayar cukai yang dieksportkan" ertinya perkhidmatan yang dibekalkan untuk dan kepada seseorang di negara selain daripada Malaysia (tidak termasuk Langkawi, Labuan dan zon bebas), dengan syarat bahawa perkhidmatan itu tidak dibekalkan berkaitan dengan barang atau tanah yang terletak di Malaysia dan orang itu tidak berada di Malaysia semasa perkhidmatan itu dilaksanakan;'.